{"id":3465,"date":"2025-06-03T04:37:23","date_gmt":"2025-06-03T04:37:23","guid":{"rendered":"https:\/\/staging.mic.org.my\/?p=3465"},"modified":"2025-06-03T04:37:24","modified_gmt":"2025-06-03T04:37:24","slug":"rombakan-kabinet-kenapa-umno-perlu-7-menteri-soal-mic","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/2025\/06\/03\/rombakan-kabinet-kenapa-umno-perlu-7-menteri-soal-mic\/","title":{"rendered":"Rombakan kabinet: Kenapa Umno perlu 7 menteri, soal MIC"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"889\" height=\"588\" src=\"https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-3466\" srcset=\"https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01.png 889w, https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01-300x198.png 300w, https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01-768x508.png 768w, https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01-370x245.png 370w, https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01-270x179.png 270w, https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01-570x377.png 570w, https:\/\/staging.mic.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/thinalan_01-740x489.png 740w\" sizes=\"auto, (max-width: 889px) 100vw, 889px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Umno diingatkan supaya tidak bertindak seolah-olah parti tunggal daripada gabungan BN dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Strategik MIC Kebangsaan, R Thinalan berkata kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengenai keperluan mengekalkan tujuh menteri Umno dalam kabinet susulan penghijrahan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengecewakan akar umbi MIC.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenapa Umno perlu mempunyai tujuh menteri dalam kabinet. Kenapa tidak dari MCA atau MIC. Apakah Umno wakil tunggal BN dalam kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika semuanya pasal Umno sahaja, maka apa maksud BN dalam kerajaan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya nak tegas di sini, Umno bukan komponen tunggal dalam BN. Dan kementerian disandang Zafrul bukan milik Umno tapi BN. Sebarang, pelantikan dalam kabinet juga perlu dibincang bersama parti komponen BN yang lain,\u201d katanya kepada Malaysiakini.<\/p>\n\n\n\n<p>Thinalan mengulas kenyataan Zahid semalam yang menyatakan harapan agar kuota tujuh menteri penuh BN dikembalikan kepada Umno selepas Zafrul meninggalkan parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan perdana menteri itu berkata sebelum ini Umno mempunyai tujuh menteri, tetapi kini tinggal enam selepas Zafrul keluar parti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi saya yang lebih penting ialah Umno diwakili tujuh orang menteri dalam kabinet, walaupun kita tidak pasti sama ada pelantikan Tengku Zafrul (sebagai menteri) dilakukan atas kapasiti Umno atau sebaliknya, tetapi anggapan kita beliau daripada Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika begitu, sekarang Umno tinggal hanya enam menteri penuh, dengan keberadaan Tengku Zafrul di luar Umno maka layaklah Umno memohon satu kerusi supaya diberi kepada kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Thinalan menegaskan Umno tidak wajar secara sepihak meminta perdana menteri agar tujuh kuota menteri dikekalkan kepada parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau sendiri mengesahkan bahawa tidak pasti sama ada pelantikan Tengku Zafrul (sebagai menteri) dilakukan atas kapasiti Umno atau sebaliknya. Ini bermaksud kemungkinan Umno tidak menyerahkan nama Zafrul kepada perdana menteri. Beliau (Zafrul) dilantik atas hak prerogatif perdana menteri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka, sebarang penggantian (kementerian) perlu dirujuk kepada BN terlebih dahulu. Bukannya, hak milik Umno sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPasal apa tak boleh beri kepada MCA, \u2018parti kedua besar dalam BN\u2019. Apakah tujuan BN jikalau semuanya hanya untuk Umno sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara fakta semua lantikan baiknya GLC atau dalam kerajaan hanya daripada Umno dan bukan dari parti lain dalam BN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli parti. Dalam masa sama, dia menyuarakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Fuziah Salleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, BN menang 30 kerusi parlimen pada PRU15 \u2014 26 daripada Umno, dua MCA, serta masing-masing satu dari MIC dan PBRS.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini, Umno mempunyai tujuh menteri penuh dan enam timbalan menteri dalam kerajaan, manakala PBRS memiliki seorang timbalan menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>MCA dan MIC tiada wakil dalam kabinet.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umno diingatkan supaya tidak bertindak seolah-olah parti tunggal daripada gabungan BN dalam Kerajaan Perpaduan. Pengarah Strategik MIC Kebangsaan, R Thinalan berkata kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengenai keperluan mengekalkan tujuh menteri Umno dalam kabinet susulan penghijrahan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengecewakan akar umbi MIC. \u201cKenapa Umno perlu mempunyai tujuh menteri dalam kabinet. Kenapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3467,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[45],"tags":[],"class_list":["post-3465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mic-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3468,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3465\/revisions\/3468"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3467"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.mic.org.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}